Baby songsang

Assalamualaikum..

Haa..pagi ni mami teringin hendak berkongsi pengalaman mami masa melahirkan anak kedua. Nama anak kedua mami khadijah kasyifah. Tapi mami panggil nama pendek je syifa hihi

Masa dalam perut syifa memang tak pernah berubah kedudukan. Since 6 bulan doc scan cakap syifa punya position songsang. Tapi itu normal katanya di awal2 kandungan. So mami just relax sajalah kan tak risau pun. Baby kecik lagi mestilah kedudukan berubah2.

Masuk kandungan bulan ke 7 kedudukan syifa masih lagi songsang. Doc cakap tak mengapa nanti baby pusing. Ok masa ni tak ada lagi rasa apa2 yang perlu dirisaukan.

Bila masuk bulan ke 8 kandungan syifa still songsang juga, time ni la mami rasa ada risau2 sikit. Kenapa baby tak mau pusing lagi.. doc beritahu mungkin baby tak buat pusingan lagi. Tapi biasanya doc cakap kalau masuk bulan ke 8 kandungan baby sudah berada dalam posisi kepala di bawah means persiapkan diri untuk keluar. Namun masih jugak breech.

Masuk di akhir2 kandungan dekat2 9 bulan. Baby memang tak pusing. Masih juga berada di kedudukan asalnya. Mami monthly checkup di klinik privet. So doc pun refer mami ke hospital govenment. Mami pun bawala surat tunjuk dan buku checkup baby tu ke hospital.

Sampai hospital. Doc gov cek mami memang masih songsang lagi. Masa tu dah 37w. Doc suggest untuk pusing baby. Before jumpa doc, mami awal2 lagi dah buat research pasal baby songsang ni. Keburukan dan kebaikan jika baby dipusingkan. Mami x ingat term proses tu. Tapi memang doc akan pusingkan baby sambil scan monitor.

Mami memang jenis penakut sikit. So awal2 mami decide tak mau pusing. Doc gov pun ada explain baik buruk pusing baby ni. So mami memang nekad tak mau take risk. Biarlah mami redha dibelah perut dari mencuba sesuatu yang pasti ada risikonya.. bagi mami memang kategori high risk jugala pusing baby ni. Antaranya kalau tak berjaya.. rahim boleh pecah kaki @ tangan baby bole cedera. Dan kalau tak berjaya terus buat emegency cizer. So kalau korang nak decide yang mana? Hehe

So doc bagi date untuk admit wad. Keistimewaan cizer ni boleh pilih date hehe.. masa tu mami nak pilih date 16.06.2016. Tapi doc cakap hari tu sudah full booked untuk cizer. Wahh macam jakun jap rupanya hari2 ada je mak2 yang besalin cizer. Sehari 10 kuota. Tak termasuk emegency cizer.. 😬

Mami pun pilihlah 20.06.2016. Time tu baru 3 orang mak2 yang booked cizer. Ok doc pun suruh isi nama dan no.telefon. 3 hari selepas itu mami datang semula ke hospital.untuk admit wad. Doc telefon mami suh masuk wad sehari awal sebelum cizer untuk buat checkup kesihatan.

Ok lah mami pun dah ready siap2 kemas barang yang dalam.bakul. bila masa nak daftar suami mintak first class. Tapi tak ada rezeki wad penuh. Suami pula cadangkan besalin di swasta. Mungkin tak sampai hati kot yerla firstime mami dibedah kan. Ank sulung dulu normal.

Kami pun pi la hospital privet. Hehe labu2 je ke sana. Tak buat apa2 reseach pun. Biasla mami kan jenis suka buat reseach dulu before buat sesuatu.

Sampai sana jumpala doc Teo. Doc tu memang terkenal di daerah tempat mami tinggal. Pengalaman puluh tahun beranakkan dan bedah orang bersalin. Masa scan doc tu cakap kaki syifa sangkut kat pintu rahim. Thats why la baby tak pusing.. jakun jap yela biasa dengar kepala baby yang dah enganged kan.. ni kaki pulak yang masuk pintu rahim. Doc teo bagitahu kalau pusing pun kebarangkalian untuk berjaya tu tidak. Sebab kakinya dah masuk pintu rahim. Huhu betullah keputusan mami untuk tidak terima proses pusing baby sewaktu di hosp government hari tu. Nasib baik.lega.....

Suami pun daftarkan mami untuk bersalin di privet sahaja. Tapi mami rasa serba salah sampai nangis2 mami tak mahu. Bukan apa,faham2 sajala mahal yang amat bagi mami. Kos keseluruhan mami bersalin cizer di privet rm7.8k boleh beli gelang emas 25gram kan hehe.. bagi mami membazir jer sebab sama jer pun prosesnya bersalin di gov hospital. Tapi suami mami nak sangat mami dibedah di privet. Katanya hadiah untuk mami. Tolonglah terima. Aduhhh... dengan berat hati mami iyakan saja.

Panjang pulak cerita mami..so mami pun ikut jadual yg diberi. Da date mami tetap pilih 20.06.2016. Dan bila tiba tarikh itu lahirlah seorang khalifah di bumi allah yang diberi nama Khadijah kasyifah. Nanti mami cerita lagi ya di entry yang lain pengalaman mami masuk dewan bedah. Ok jumpa lagi


💌slm syg,
❤mami pulut❤

Comments

Popular Posts