Ibu Garang
Assalamualaikum
Pasti yang sudah mempunyai anak akan terbiasa dengan tittle di ataskan?
Tapi tak semua ibu itu garang. Dan semua sikap ibu yang garang itu terjadi disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya ialah ibu yang bekerja keletihan, ibu yang surirumah sepenuh masa kepentan, faktor emosi, dibesarkan dalam keluarga yang bersikap garang dan tidak mendapat sokongan moral dan fizikal dari pasangan juga menyumbang ke arah ibu garang.
Apapun penyebab kepada masalah ibu garang kesannya sudah pastilah pada anak2 syurga. Ya betul kesannya adalah pada anak2 kita. Kasihan kan? Bukan senang ya untuk kawal kegarangan itu hehe..
Mami pun sebenarnya tergolong dalam kategori ibu garang. Tapi setakat ini garang2 mami anak2 mami masih boleh lagi bermanja dan bermain2 bersama mami. Mami garang jugak tau! Hihihihi. Namun hari demi hari mami sering mengingatkan pada diri bahawa garang bukanlah sikap yang baik. Malah ia perlu diubah.
Bila sudah melahirkan anak kedua mami mula mengawal sikap garang dengan berfikiran POSITIF. Yes be positif!! Kalau diikutkan garang tu memang tak ke manalah mami. Anak2 yang menjadi mangsanya nanti.
Yang penting jangan biarkan sikap garang itu menjadi sebahagian dari diri kita. Berkasih sayanglah pada anak2. Berikan kasih sayang dengan menzahirkan serta meluahkan. Contohnya sentiasa memberitahu pada anak2 yang kita sayangkan mereka. Melalui penzahiran pula sentiasalah peluk anak2. Mereka akan rasa lebih disayangi jika kita selalu peluk cium anak kita.
Masa anak pertama dulu mami tak tahu ilmu parenting. Bila masuk anak kedua mami mulai belajar sedikit demi sedikit. Anak2 tebentuk dari perlakuan dan tindak tanduk kita. Proses pembelajaran adalah bermula dari rumah. Sebagai ibu sudah semestinya kita ingin menunjukkan contoh yang baik pada anak2 bukan? Begitula mami... anak kedua mami mulai berubah. Walaupun tidak 100% namun mami masih terus mencuba perbaikinya.
Oklah banyak sangat mami membebel ni. Nanti boring pula baca yaa.. sampai berjumpa lagi di lain posting ya..
💌Slm syg,
❤Mami pulut❤

Comments
Post a Comment